JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas menggunakan ijazah miliknya untuk membeli beras dan rokok di sebuah kedai runcit, lapor portal berita Satu semalam.
Kejadian berlaku di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @cakapviral.id memaparkan lelaki itu melemparkan ijazah ke pemilik kedai sebelum mengambil seguni beras dan beberapa kotak rokok.
Meskipun diminta berulang kali untuk membuat pembayaran, dia hanya membisu dan beredar.
Polis tempatan berkata, pemilik kedai mengalami kerugian mencecah 1 juta rupiah (RM261).
“Suspek berjaya dikesan dan dibawa ke Balai Polis Madan Tembung untuk disoal siasat,” tambah polis. – AGENSI