Lee Zii Jia, pasangan beregu bawa pulang kereta mewah Chery

photo 2024 08 06 09 57 55

Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menerima kereta mewah tajaan Chery Malaysia kerana memperoleh pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

PETALING JAYA – Lee Zii Jia dan pasangan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menerima kereta mewah tajaan Chery Malaysia.

Chery Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, ketiga-tiga pemain badminton itu akan menerima kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestij itu.

Pada masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro.

Zii Jia menumpaskan pemain India, Lakshya Sen malam tadi manakala Aaron dan Wooi Yik menang ke atas pasangan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen dan Kim Astrup sehari sebelum itu. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *