Lebih 20 korban gempa, Bangkok zon bencana

Myanmar1

SEBUAH bangunan runtuh gegaran gempa bumi dirasai di Bangkok. – Foto AFP

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh di Thailand dan Myanmar setakat ini selepas gempa bumi kuat menggegarkan dua negara Asia Tenggara itu petang tadi.

Gempa cetek  bermagnitud  7.7 itu mencetuskan gegaran hingga ke Bangkok, mendorong Thailand dan Myanmar mengisytiharkan darurat.

Di Bangkok yang diisytiharkan kawasan bencana oleh pihak berkuasa, sebuah bangunan sedang dibina  runtuh dekat Pasar  Chatuchak.

Kementerian Pertahanan Thai menyatakan, sekurang-kurangnya 81 orang hilang dan tiga mangsa terbunuh dalam bencana itu.

“Tujuh mangsa pula  diselamatkan dari bawah runtuhan,” kata kementerian berkenaan hari ini.

Di Myanmar, sekurang-kurangnya tiga orang terkorban selepas sebuah masjid runtuh di Taungoo, demikian menurut dua orang saksi kepada agensi berita Reuters.

Media tempatan melaporkan bahawa dua lagi mangsa maut dan 20 cedera selepas sebuah hotel runtuh di Aung Ban. – AGENSI