Laluan LPT2 sesak, Lebuh Raya Utara-Selatan perlahan

LEBUH RAYA SESAK ALIRAN TRAFIK

Keadaan trafik sesak di LPT2 dan Lebuh Raya Utara-Selatan pada pagi ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) masih sesak dengan jumlah kenderaan yang terus meningkat sejak awal pagi tadi.

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman web Lembaga Lebuhraya (LLM), kenderaan masih mengalami kesesakan di belah Timur 2 (LPT2) berikutan peningkatan jumlah kenderaan menghala ke ibu negara.

Sementara itu, tinjauan mendapati, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berjalan lancar.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala kedua-dua arah juga dilihat kenderaan mulai bergerak perlahan ekoran pertambahan kenderaan sejak semalam.

Seorang pengguna jalan raya yang berasal dari Jitra, Nur Dania Asfa berkata, dia terpaksa menghadap kesesakan selama 10 jam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Selangor.

“Saya mula perjalanan dari kampung seawal pukul 9 pagi untuk persiapan sebelum mula bekerja esok.

“Namun, perjalanan saya tersekat selepas melalui beberapa kesesakan trafik di beberapa jalan menghala ke Perak.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya yang berasal dari Kulim, Kedah, Athirah Hayadi, 23, berkata, dia sudah menjangkakan kesesakan lalu lintas luar biasa bakal dihadapinya ketika pulang ke ibu kota.

Justeru katanya, dia telah memastikan kenderaannya berada dalam keadaan baik untuk berhadapan kesesakan yang panjang.

“Memang penat hadap ‘jem’ ini, saya sampai lewat dan akan berdepan dengan kesesakan lagi untuk ke Kuala Lumpur hari ini.

“Saya rasa hari ini kesesakan lagi bertambah teruk di laluan Lebuh Raya Utara Selatan,” katanya. https://amiminerals.org/