Kusangka pocong, rupanya patung

pocong patung

Susuk didakwa pocong yang sering dilihat penduduk ternyata batang kayu yang dibalut dengan kain putih. – Facebook

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Singkut, wilayah Jambi, yang ketakutan kini mampu menarik nafas lega selepas kelibat didakwa pocong yang sering dilihat disahkan hanyalah patung kayu, lapor laman berita Newslan.

Perkara itu disahkan selepas Ketua Kampung Argosari,  Wasianto dan penduduk bertindak dengan menyiasat perkara tersebut.

Berdasarkan pemeriksaan mereka pada Jumaat lalu, susuk didakwa pocong yang sering dilihat penduduk itu ternyata hanya batang kayu dibalut dengan kain putih.

Ia ditemui tergantung pada pokok.

Wasianto dengan bantuan penduduk menurunkan patung itu dan berharap ia tidak lagi ‘mengganggu’ orang ramai.

“Mungkin hanya gurauan orang yang tidak bertanggungjawab. Sekadar ‘prank’,” kata Wasianto. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *