Kumpulan wanita bersenam di stesen MRT

geli mrt

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan wanita bersenam sambil diiringi muzik yang rancak. – X

JAKARTA – Perbuatan sekumpulan wanita yang melakukan aktiviti senaman di dalam sebuah stesen MRT di Indonesia mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Abata News semalam. 

Kejadian berlaku di stesen MRT Bundaran HI, Jakarta pada 21 Oktober lalu.

Rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @roulihutahaean menunjukkan wanita-wanita itu duduk beralaskan tikar yoga sambil bersenam. 

Mereka terjerit-jerit sambil diiringi muzik rancak. 

“Saya rasa bersenam di MRT adalah tindakan tidak bijak kerana terlalu bising dan ini adalah ruang tertutup,” demikian menurut keterangan rakaman video itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 6.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Gila agaknya bersenam di stesen MRT, macam tidak ada tempat lain,” sindir seorang netizen. 

“Orang nak pulang ke rumah dengan tenang tetapi terganggu dengan jeritan!” marah netizen lain. – AGENSI