‘Kota Melur’ bandar tertua, wujud 10,000 tahun Sebelum Masihi

Kota Lama1

GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan pemandangan ibu kota Syria, Damsyik. – Foto AFP

LONDON  –  Ibu negara Syria, Damsyik, merupakan bandar tertua di dunia yang berterusan didiami manusia seawal 10,000 tahun Sebelum Masihi (SM), lapor sebuah laman berita Britain kelmarin. 

Nama Damsyik pertama kali direkodkan oleh penduduk Mesir purba pada kurun ke-15 SM dan menjadi begitu terkenal dari sudut  sejarah. 

Namun, bandar itu kini bergolak. Damsyik yang turut dikenali sebagai ‘Kota Melur’  kerana baunya itu dilanda kancah peperangan dan kerap dianggap sebagai tempat ‘paling sukar didiami’  dan ‘paling tidak selesa.’ 

Ini kerana Syria dilanda perang saudara sejak 2011 lagi.

Laman web Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyatakan: “Wujud pada milenium ke-3 SM, Damsyik muncul sebagai pusat budaya dan komersial penting, berdasarkan kedudukan geografinya di persimpangan laluan timur dan barat di antara Benua Afrika serta Benua Asia.”

“Kota lama Damsyik dianggap sebagai antara bandar tertua yang terus didiami di dunia.”- AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *