Kompresor ‘aircond’ hempap kepala remaja 

geli compressor

Tangkap layar menunjukkan mangsa yang terbaring selepas kepalanya dihempap pemampat penyaman udara. – NDTV

NEW DELHI – Seorang remaja berusia 18 tahun di India meninggal dunia selepas sebuah kompresor penyaman udara udara jatuh dan menghempap kepalanya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.40 petang (waktu tempatan) di kawasan Doriwala, New Delhi. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV)  lokasi kejadian memaparkan mangsa yang bernama Jitesh  sedang duduk di atas sebuah skuter, sambil berbual dengan rakannya. 

Ketika kedua-duanya bertukar pelukan, sebuah kompresor penyaman udara dari tingkat dua jatuh dan mengenai mereka. 

Jitesh meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *