King Cobra lawan ular sawa, 4 jam baru dapat tangkap

cobra ular sawa

Anggota kecemasan terpaksa menunggu selama lebih empat jam untuk menangkap King Cobra. – Khaosod

BANGKOK – Anggota kecemasan mengambil masa selama lebih empat jam untuk menangkap seekor ular sawa dan King Cobra bersaiz besar selepas kedua-dua reptilia berbahaya itu terlibat dalam pertarungan, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Insiden berlaku di sebuah kawasan wat Buddha di wilayah Chanthaburi.

Sejurus tiba di dusun buah dekat wat tersebut, anggota kecemasan daripada Yayasan Sawang Katanyu menemui seekor ular sawa berlilit di pangkal pokok longan berhampiran sebatang pokok asam jawa.

Ular sawa sepanjang lebih 2 meter itu kemudian ditangkap tanpa sebarang masalah.

Tidak lama selepas itu, seekor lagi ular tedung selar atau King Cobra bersaiz lebih besar dilihat berada di atas pokok asam jawa.

Ketika anggota kecemasan cuba menangkapnya, ia bertindak balas dan mempamerkan aksi agresif.

Selepas menunggu selama lebih empat jam, reptilia itu mula menunjukkan tanda-tanda keletihan sebelum ia terjatuh ke atas tanah dan dengan pantas ditangkap oleh anggota kecemasan.

King Cobra betina dewasa itu berukuran 4 meter panjang dan beratnya kira-kira 7 hingga 8 kilogram. 

Reptilia itu kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik untuk pemulihan dan pemerhatian sebelum kedua-duanya dilepaskan semula ke habitat semula jadi yang jauh dari penduduk. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *