Kes sijil halal palsu masih terkawal

Mohd. Naim meninjau tapak jualan program itu di AEON Mall Shah Alam Selangor. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

Mohd. Na\’im meninjau tapak jualan program itu di AEON Mall Shah Alam, Selangor. – Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Kes berkaitan pensijilan halal palsu di negara ini masih terkawal dan kebanyakannya hanya melibatkan pengusaha industri kecil-kecilan seperti pasar, kedai runcit dan pasar raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, penguatkuasaan berkaitan sijil halal palsu dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang dibawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Orang ramai biasanya akan membuat aduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika melibatkan isu sijil halal palsu. Kita akan selaraskan dengan KPDN bagi penguatkuasaan lanjut,”katanya selepas melancarkan program Makanan Halal: Selera Sedunia di AEON Mall Shah Alam di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, kata Mohd. Na’im, Jakim mengiktiraf sebanyak 88 badan pensijilan halal dari 49 buah negara setakat Mei lalu. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *