Kereta  yang ‘merajuk’, polis pula kena pukul

geli polis

Tangkap layar menunjukkan lelaki itu memukul seorang polis trafik yang cuba menenangkannya. – Instagram

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di wilayah Jakarta Timur memaparkan seorang lelaki mengamuk sambil membawa pisau di tengah jalan raya, lapor saluran berita Liputan 6 semalam. 

Menerusi rakaman di platform Instagram oleh akaun @kabar.jaktim, lelaki itu dilihat berdiri di tengah jalan yang sibuk. 

Selain menghayunkan pisau kepada pengguna jalan raya lain, dia juga cuba memberhentikan lalu lintas. 

Lelaki itu turut memukul seorang anggota polis trafik yang cuba menenangkannya.

Menurut polis tempatan, kejadian berlaku di Jalan Kayu Putih selepas kereta jenama Mitsubishi miliknya rosak secara tiba-tiba. 

Rata-rata netizen berang dengan perbuatan lelaki tersebut. 

“Polis itu sudah sopan, tetapi dia tetap mahu pukul!” marah seorang netizen. 

“Boleh saya ikut tendang sekali?” sindir netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *