\’Kenapa ada wajah rakan sekerja\’ – Fattah rai sejuta pengikut TikTok

FATTAH AMIRA

TIDAK terkecuali, Fattah tetap menyelitkan wajah Amira sebagai simbolik keraian sejuta pengikut TikToknya.

PETALING JAYA – Pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi topik bualan hangat netizen dalam media sosial apabila menyelitkan rakaman bersama penyanyi Amira Othman dalam sebuah video bagi meraikan kejayaan meraih sejuta pengikut TikTok.

Menerusi video yang dikongsi, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, memasukkan beberapa potongan video momen manis yang berlaku dalam hidup sebelum ini termasuk drama lakonannya dan ketika bersama Amira.

“Alhamdulillah syukur tiada apa selain ucapan terima kasih kepada anda semua,”katanya dalam ruangan kapsyen.

Sementara, Amira juga turut meninggalkan komen dengan ucapan tahniah kepadq Fattah selain bertanya tentang kewujudan fotonya dengan menggelar dirinya sebagai rakan sekerja.

“Tahniah! Tetapi kenapa ada gambar rakan sekerja awak?

“Semoga Fattah Amin terus murah rezeki, menjadi orang baik tetapi tak ada lagu lain ke? Carilah lagu yang ada melodi sikit,”ujarnya.

Komen tersebut seterusnya mengundang usikan nakal netizen yang semakin hari semakin teruja melihat perkembangan hubungan Fattah dan Amira.

“Kenapa Amira sahaja yang ada dalam video tersebut? Nampak sangat sebagai orang istimewa.

“Eh terkejut hanya ada Amira dan Fattah sahaja dalam video itu. Orang lain memang tak wujud ke dalam dunia cinta mereka?

“Wajah Amira dalam video Fattah seperti menjawab semua persoalan. Sedikit demi sedikit Fattah beri ‘hint\’”usik netizen.

Terdahulu, hubungan Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu. Mereka berdua juga sering tampil sedondon sewaktu mempromosikan jenama baju raya terkenal.

Fattah turut menafikan desas desus dia akan menamatkan zaman dudanya bersama Amira dalam masa terdekat. – https://amiminerals.org/