LONDON – Sepasang kembar seiras di United Kingdom mengundang perhatian orang ramai selepas mendedahkan bahawa mereka berkongsi tunang yang sama, lapor portal berita Mail Online semalam.
Anna dan Lucy, 35, berkenalan dan jatuh cinta dengan tunang mereka, Ben, sejak 11 tahun yang lalu.
Pasangan kembar itu bersetuju untuk menjalinkan hubungan dengan Ben selepas mereka dilayani dan diberi perhatian secara adil.
“Ben tidak seperti lelaki lain yang pernah kami temui sebelum ini.
“Tiada perkataan cemburu dalam hubungan kami,” kata Anna.
Menurut Anna, mereka gembira dapat menjalani kehidupan bersama-sama dan tidak mengambil berat komen orang lain. – AGENSI