Kapal nelayan langgar kapal selam Scorpene

India cari scaled

GAMBAR fail sebuah kapal selam Scorpene milik Tentera Laut India di Mumbai. – Foto AFP

NEW DELHI – Sebuah kapal nelayan India bersama 13 kru bertembung dengan kapal selam milik Tentera Laut India di luar pantai Goa, lapor portal berita Swarajya semalam.

Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran telah dilancarkan oleh Tentera Laut India, yang telah mengerahkan enam buah kapal dan pesawat.

Setakat ini, seramai 11 daripada 13 kru berjaya diselamatkan, tetapi dua lagi masih hilang.

Menurut kenyataan kementerian pertahanan, kapal nelayan itu, Marthoma bertembung dengan kapal selam kelas Scorpene kira-kira 130 kilometer  dari pantai Goa.

“Usaha mencari dan menyelamat dua lagi kru Marthome sedang dijalankan dan diselaraskan dengan Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Mumbai (MRCC). Aset tambahan termasuk milik Pengawal Pantai telah dialihkan ke kawasan itu.

“Punca kemalangan masih disiasat,” tambah kenyataan tersebut.

Kapal selam kelas Scorpene India membentuk komponen penting dalam kekuatan tentera lautnya di Lautan Hindi. Kapal selam itu mampu melakukan pelbagai misi seperti perang antipermukaan dan antikapal selam, operasi perisikan, meletakkan periuk api dan pemantauan. –  AGENSI