Kapal kargo terkandas di sungai

Flash kapal scaled

KAPAL kargo \’Scot Bay\’ terkandas di Sungai Teign, Devon. – Foto SWNS

LONDON – Sebuah kapal kargo membawa makanan haiwan diberi nama  Scot Bay terkandas di Sungai Teign semalam, lapor portal berita Daily Express. 

Kapal kargo itu dalam pelayaran dari bandar pelabuhan Jmuiden di Belanda dan cuba berlabuh di destinasinya di Teignmouth.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila usaha mengapungkan kapal itu akan dilakukan. 

Suruhanjaya Pelabuhan Teignmouth (THC) yang dimaklumkan tentang  situasi itu menjelang pukul  6 pagi (waktu tempatan) mengesahkannya  dalam satu kenyataan. 

Menurut THC, pihaknya sedang merangka usaha untuk mengapungkan dan menunda kapal kargo tersebut ke dermaga berdekatan, lapor portal berita DevonLive.

“Sila ambil perhatian bahawa kami mengetahui tentang situasi yang berlaku.

“Saya dan pasukan saya berada di lokasi kejadian dan akan berkerjasama dengan rakan kongsi kami untuk membawa kapal ini ke tempat  selamat,”kata Ketua Pelabuhan Teigmnouth, Rob Parsons.

Cawangan Siasatan Kemalangan Marin berkata, siasatan awal kejadian itu telah dilancarkan. – AGENSI