Kandungan WhatsApp palsu gaji penjawat awam – JPA

WhatsApp palsu gaji penjawat awam.

Kandungan WhatsApp palsu yang tular berkenaan gaji penjawat awam.

PETALING JAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan kandungan Whatsapp yang sedang tular mengenai kenaikan gaji didakwa daripada Kementerian Kewangan bertarikh 25 Julai 2024 adalah palsu.

Sehubungan itu, JPA mengingatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat tersebut.

“Salurkan kreativiti anda untuk meningkatkan produktiviti. Tidak pasti jangan kongsi,” katanya pada hantaran Facebook.

Berdasarkan maklumat kandungan palsu WhatsApp tersebut, ia mendakwa kenaikan gaji penjawat awam bagi tahun 2024 kononnya akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet.

Selain itu, ia mendakwa kononnya pengumuman itu akan dibuat awal pada 16 Ogos. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *