\’Kan dah kena tangkap…\’

WhatsApp Image 2024 08 02 at 4.15.45 PM

Tangkap layar kejadian pertengkaran membabitkan dua wanita di parkir sebuah pasar raya di Kepala Batas, baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Dua wanita ditahan semalam selepas video pertengkaran mereka kerana berebut tapak parkir di sebuah pasar raya di Kepala Batas, di sini tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada Isnin lalu.

Susulan laporan itu, seorang lagi wanita tampil membuat laporan pada keesokan harinya membabitkan isu yang sama.

“Siasatan mendapati dua wanita berusia 25 dan 38 tahun itu bergaduh selepas tidak puas hati kerana berebut tempat parkir di kawasan pasar raya berkenaan.

“Polis merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Nursyahirah Sarahani di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada Isnin lalu, satu video berdurasi satu minit empat saat tular di media sosial memaparkan dua wanita bertengkar sambil merakamkan video kejadian tersebut. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *