Kampung terpencil di lereng gunung miliki ramai jutawan

Geli kampung3

RUMAH mewah dan masjid yang terdapat di kampung jutawan di Bandung. – Foto YouTube Hardi ArtVenture

JAKARTA  – Sebuah kampung di kawasan terpencil di Bandung, Jawa Barat  tular di media sosial kerana didiami oleh ramai penduduk berstatus jutawan, lapor portal berita Tribun Trends semalam.

Kampung yang terletak di lereng Gunung Burangrang itu memiliki pemandangan menakjubkan, manakala udaranya sejuk dan segar.

Lokasi itu didiami ramai jutawan yang tinggal di rumah-rumah mewah di tepi jalan.

Kebanyakan mereka ialah pengusaha ladang teh.

Masjid Jamie Al-Barokah di kampung itu dibangunkan oleh penduduk setempat yang bergotong royong mengumpulkan dana untuk membinanya.

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Haji Cucu berkata, proses pembangunan masjid tersebut berterusan sejak tahun 2018 kerana pernah terbengkalai sebelum ini.

Kata Haji Cucu, sumbangan terkumpul mencecah 3.6 bilion rupiah (RM1.02 juta) daripada penduduknya.

“Ini hasil jerih masyarakat di sini yang sebahagian besar merupakan pengusaha teh. Sebilangan penduduk yang kurang mampu turut membantu dengan memberikan sumbangan tenaga,” jelasnya lagi. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *