Kamera rakam makhluk tanpa kepala

Geli kepala scaled

GAMBAR rubah kelabu tanpa kepala pada waktu malam. – Foto Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New York

NEW YORK – Imej kamera merakamkan makhluk ‘tanpa kepala’ yang berkeliaran dalam kegelapan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial di Amerika Syarikat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New York berkongsi foto haiwan itu di laman Facebook, minggu lalu yang mengundang pelbagai komen netizen.

Namun, jabatan itu segera memberikan penjelasan sebenar bagi menamatkan spekulasi yang semakin tidak munasabah termasuk imej tersebut adalah makhluk mitos seram dikenali sebagai  chupacabra.

“Hutan liar menarik, sejuk dan lucu, tetapi kadangkala ia juga agak boleh menipu!.

“Rubah kelabu ini kelihatan seperti babi kerana sudut berdirinya.

“Pada pandangan pertama, foto itu mungkin menipu anda untuk berfikir bahawa haiwan yang digambarkan tiada  kepala atau menyerupai seekor babi.

“Namun, dengan melihat lebih dekat, anda sebenarnya sedang melihat bahagian belakang rubah kelabu!”kata jabatan itu. – AGENSI