Kambing hilang pun minta tolong bomba

kambing bomba

Anggota bomba berjaya menemukan kambing biri-biri yang hilang. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasukan anggota bomba di Sumenep, wilayah Jawa Timur membantu mencari kambing biri-biri penduduk yang dilaporkan hilang, lapor laman berita Batak Post semalam.

Seorang penduduk dikatakan membuat laporan kepada bomba untuk membantu mencari kambing peliharaannya.

Dengan kadar segera, pasukan bomba melancarkan misi pencarian sebelum mereka menemukan haiwan itu tidak lama kemudian.

“Terima laporan kambing milik penduduk hilang. Anggota bomba dengan pantas mencari haiwan itu sampai ia dijumpai,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Wajib naik gaji kalau begini,” kata seorang netizen.

“Bomba banyak membantu penduduk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI