JAKARTA – Sekumpulan pemancing mengundang perhatian ramai apabila mereka mengadakan protes dengan menangkap ikan di sebuah kolam pancing di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.
Protes itu dilakukan selepas mendapati kolam tersebut tidak mempunyai 2 tan ikan seperti yang disebut dalam iklan.
Selain berasa tertipu, mereka juga kecewa apabila dikehendaki membayar 150,000 rupiah (RM40) untuk harga tiket masuk.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @boncos-mancing menunjukkan orang ramai turun ke dalam kolam lalu menangkap ikan.
Klip video tersebut mencatatkan lebih 832,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Dua tan? Kolam pun kecil!” kata seorang netizen.
“Demi untung, sanggup tipu orang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI