Juruterbang lap sendiri tingkap pesawat

juruterbang lap tingkap

Tangkap layar menunjukkan juruterbang itu mengelap tingkap pesawat sebelum berlepas. – X

ISLAMABAD – Seorang juruterbang syarikat penerbangan Serene Air di Pakistan mengundang perhatian netizen kerana membersihkan sendiri tingkap kokpit sejurus sebelum pesawat berlepas, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin.

Menerusi rakaman di platform X oleh akaun @gharkekalesh, dia dilihat menjulurkan badannya keluar dari tingkap sisi pesawat dan mengelap tingkap hadapan dengan sehelai kain.

Selepas selesai, juruterbang berkenaan masuk dan kembali ke tempat duduknya.

Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku pada pesawat Airbus A330-200 yang mengendalikan penerbangan antarabangsa antara Pakistan dan Jeddah di Arab Saudi.

Rakaman itu merekodkan lebih 1 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Lucu! Ini hanya boleh berlaku di Pakistan,” sindir seorang netizen.

“Dua pekerjaan,” kata netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *