Jurulatih wanita ditendang lelaki sampai pengsan

geli renang

Tangkap layar menunjukkan jurulatih wanita itu ditendang berkali-kali oleh seorang lelaki. – Istimewa

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan seorang lelaki menendang jurulatih wanita sehingga pengsan di kolam renang, lapor saluran berita Detik.com semalam. 

Kejadian dirakam di pusat renang Sabty Garden di Kisaran, wilayah Sumatera Utara sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) pada Sabtu lalu. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki memakai seluar hitam dilihat menendang wanita itu berulang kali di khalayak ramai. 

Tendangan terakhir di bahagian kemaluan menyebabkan dia pengsan dan terjatuh ke dalam kolam. 

Setiausaha Persatuan Renang Seluruh Indonesia (PRSI), Agus Salim menyifatkan kejadian itu sebagai ‘memalukan’ kerana melakukan kekerasan di hadapan pelajar yang sedang berlatih berenang. 

“Kalau ada perselisihan antara jurulatih, seharusnya mereka menyelesaikan masalah di luar dan bukan dengan kekerasan,” kata Agus. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *