Juara Olimpik Paris bahagia bersuamikan atlet kudung kaki

WhatsApp Image 2024 08 19 at 22.13.51

HUNTER bertemu Tara semasa menyertai acara trek dan balapan. – AGENSI

WASHINGTON – Juara lompat jauh Olimpik Paris, Tara Davis dan suaminya yang merupakan atlet paralimpik, Hunter Woodhall berkongsi kisah cinta sejak dari bangku sekolah lagi.

Hunter lahir lemah fibula, menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong apabila dia berumur 11 tahun.

Dilahirkan di Georgia,  Hunter  berpindah randah beberapa kali semasa zaman kanak-kanak sebelum menetap di negeri Utah.

Dia menunjukkan bakat awal dalam acara trek dan balapan. Hunter berkenalan dengan Tara di sebuah kejohanan di Idaho dalam tahun 2017.

Hunter berkata, dia telah jatuh cinta pandang pertama dan memberitahu rakan-rakan bahawa wanita tersebut adalah cinta sepanjang hayatnya.

Tara  datang kepada Woodhall dan memberikannya pelukan. Mereka berhubungan di media sosial dan mula berkasih pada Jun 2017, lapor USA Today.

Pada temu janji pertama mereka, Hunter memandu selama dua jam ke tempat latihan Tara di California.

Pasangan itu mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum sebulan kemudian.

Hubungan mereka menjadi percintaan jarak jauh selepas Hunter memasuki Universiti Arkansas dan Tara pula belajar di Universiti Georgia dengan jarak 11 jam pemanduan.

Dalam satu temu bual bersama majalah Elle pada 2021, Hunter berkata, mereka mengekalkan perasaan cinta melalui komunikasi, kepercayaan dan kesabaran.

Kata Tara pula, mereka juga bertengkar seperti pasangan lain tetapi mengambil pengajaran daripada itu untuk menjadi lebih matang dalam bercinta.

Pada musim panas 2021, kedua-duanya pergi ke Tokyo untuk bertanding dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Tara mendapat tempat keenam dalam acara lompat jauh, manakala Hunter menang gangsa acara larian 400 meter.

Ia adalah Olimpik pertama Tara dan Paralimpik kedua buat Hunter selepas menang satu  pingat gangsa dan satu perak di Rio de Janeiro dalam tahun 2016.

Sebulan selepas Olimpik Tokyo 2020 berakhir, pasangan itu pergi bercuti ke Mexico di mana Hunter melamar Tara.

Mereka berkahwin di Texas pada Oktober 2022. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *