Jiran tutup jalan pakai simen demi ‘cop’ parkir 

geli simen

Tangkap layar menunjukkan wanita itu meletakkan pasu bunga dan bancuhan simen di atas jalan. – Instagram

JAKARTA – Perbuatan seorang wanita di Bekasi, wilayah Jawa Barat yang selamba menutup jalan utama untuk dijadikan tempat letak kereta anaknya mengundang kecaman ramai, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bekasi24jamcom, jalan itu ditutup dengan beberapa pasu bunga.

Bahkan, wanita tersebut sanggup meletakkan simen yang dibancuh sendiri untuk menghalang penduduk daripada menggunakan laluan itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai orang. 

“Kalau dia meninggal dunia, jangan ada yang tolong kebumikan,” sindir seorang netizen. 

“Memperbanyakkan bersedekah, bukan banyak susahkan orang lain,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *