Jet pejuang Amerika tembak jatuh UFO bentuk silinder

aUFO

UFO berbentuk silinder ini memiliki badan warna putih dan bahagian atas metalik. – AGENSI

OTTAWA  –  Sekeping gambar menyeramkan dinyahsulitkan  oleh kerajaan Kanada menunjukkan objek terbang tidak dikenali(UFO) pelik berbentuk silinder yang ditembak jatuh oleh jet pejuang Amerika Syarikat(AS)  dalam satu operasi rahsia, lapor akhbar The Sun Uk. semalam.

Imej kabur dipercayai salinan cetakan e-mel itu memaparkan sebuah objek putih berbentuk donut yang terbang di langit Alaska dalam tahun 2023.

Ia merupakan satu daripada tiga UFO yang ditembak jatuh oleh jet pejuang F-22  semasa misi rahsia bersama angkatan tentera Kanada.

Insiden itu menyusul selepas penemuan sebuah belon gergasi China sebesar tiga buah bas yang berada di ruang udara AS.

UFO bulat bersama dua objek misteri lain itu pada awalnya dianggap sebagai ‘belon risikan’ tetapi saiznya  jauh lebih kecil daripada belon China tersebut.

Gambar UFO itu diterbitkan sebagai sebahagian daripada ‘Permohonan Kebebasan Maklumat’ oleh seorang warga Kanada tidak dikenali sebelum diperoleh seorang wartawan saluran berita CTVNews.ca.

Satu e-mel daripada Eric Laforest yang merupakan seorang brigedier jeneral Kanada, mendedahkan tentang objek misteri itu.

Menurutnya, UFO itu merupakan objek berbentuk silinder memiliki badan putih dengan bahagian atas metalik.

“Satu wayar panjang kira-kira 9 meter terjuntai daripada badannya,” kata Laforest dalam e-mel tersebut.

Seorang pegawai yang bertugas di Jabatan Pertahanan Negara Kanada(DND) kemudian dilaporkan memberi amaran bahawa pendedahan imej sulit UFO itu akan mencetuskan lebih banyak kekeliruan. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *