Jemaah tarawih dapat pakej umrah percuma, mesin basuh

geli tarawih dapat hadiah

Tangkap layar menunjukkan jemaah menerima pelbagai hadiah di sebuah masjid di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia. – TikTok

JAKARTA – Sebuah masjid di Indonesia memberikan hadiah berupa pakej umrah kepada beberapa jemaah terpilih yang hadir untuk menunaikan solat tarawih, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Penyampaian hadiah itu berlangsung di Masjid Hanna Samsiah, Maros dalam wilayah Sulawesi Selatan. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @btari_farida memaparkan beberapa jemaah lain menerima televisyen dan mesin basuh. 

Lebih menarik, ada antara mereka yang menerima pakej umrah secara percuma. 

Pegawai tempatan, Syamsul Idrus berkata, tradisi pemberian hadiah itu diadakan sejak dua tahun lalu. 

“Hadiah-hadiah itu dibeli oleh pemilik masjid yang juga pengasas travel umrah,” tambahnya. – AGENSI