NEW DELHI – Seorang wanita berusia 41 tahun meninggal dunia selepas dipukul di kepala oleh suaminya kerana tidak memasak kari telur untuk makan tengah hari, lapor laman berita NDTV semalam.
Menrut polis, insiden itu berlaku di kampung Kutiling dalam daerah Mayurbhanj, negeri Odisha.
Berang kerana dihidangkan makan tengah hari tanpa kari telur, Lama Baskey, 55, memukul kepala isterinya, Basanti dengan paip sekali gus meragut nyawanya di tempat kejadian, tambah polis.
“Mayat dihantar untuk bedah siasat ke Hospital Kecil Udala,” kata seorang pegawai polis tempatan, Inspektor Banamali Barik sambil menambah, suspek telah ditahan. – AGENSI