Instagram perkenal akaun untuk remaja

Instagram auto

GAMBAR fail seorang remaja melihat logo Instagram pada telefon bimbit di Amerika Syarikat. – Foto AFP

WASHINGTON – Platform Instagram memperkenalkan Akaun Remaja, yang secara automatik akan meletakkan golongan itu berada dalam perlindungan, kata syarikat induknya, Meta Platforms seperti laporan agensi berita Anadolu semalam.

Langkah baharu itu akan menyebabkan bilangan pengikut yang boleh menghubungi dan melihat kandungan akaun milik remaja dihadkan.

Ia juga akan membantu memastikan masa mereka diluangkan dengan baik dan bertujuan untuk meyakinkan ibu bapa bahawa remaja akan berada dalam keadaan selamat apabila menggunakan Instagram.

“Kami tahu ibu bapa mahu berasa yakin bahawa anak remaja mereka boleh menggunakan media sosial untuk berhubung dengan rakan dan meneroka minat tanpa perlu risau tentang pengalaman tidak selamat atau tidak sesuai.

“Kami memahami kebimbangan ibu bapa, itulah sebabnya kami ‘membina’ semula aplikasi kami untuk remaja dengan Akaun Remaja baharu. 

“Pengalaman baharu ini direka untuk memberi sokongan kepada ibu bapa dan memberi ketenangan fikiran bahawa remaja mereka selamat dengan perlindungan yang betul,” kata kenyataan tersebut. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *