Insentif RM500 untuk wanita lahir 2 anak

Kadar lahir scaled

GAMBAR fail Bandar Raya Ho Chi Minh. – Foto AFP

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Pihak berkuasa Bandar Raya Ho Chi Minh di Vietnam memperkenalkan dasar yang menawarkan wang tunai sebanyak 3 juta dong (RM500) kepada wanita yang mempunyai dua anak sebelum mereka berumur 35 tahun, lapr laman berita VNExpress kelmarin.

Inisiatif itu bertujuan untuk menangani kadar kelahiran rendah di bandar raya itu dan mengatasi pertumbuhan penduduk yang perlahan.

Pada awalnya, ia merupakan cadangan daripada Jawatankuasa Rakyat yang juga termasuk bantuan pemeriksaan pranatal dan bayi baru lahir untuk keluarga berpendapatan rendah. 

Dasar tersebut dibuat apabila bandar raya itu menghadapi kadar kesuburan hanya 1.32 anak bagi setiap wanita pada 2023, jauh di bawah paras yang ditetapkan iaitu 2.1. 

Ketika ini, Bandar Raya Ho Chi Minh merupakan sebuah daripada 21 kawasan yang mempunyai kadar kelahiran rendah di Vietnam iaitu 0.73 peritus pada 2023. – AGENSI