Ini parah! Lelaki sempat pesan makanan semasa tunggu lampu isyarat 

geli trafik

Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menerima makanan yang dipesan oleh seorang rider ti tengah jalan. – TikTok

JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki di Indonesia yang memesan makanan secara  online semasa menunggu lampu isyarat merah mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Insertive.com semalam. 

Kejadian berlaku di Jalan Soekarno Hatta di Bandung, wilayah Jawa Barat pada 27 Oktober lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pisangsunpride0 menunjukkan lelaki itu memberhentikan keretanya di hadapan lampu isyarat merah.

Lebih mengejutkan apabila lampu isyarat tersebut akan bertukar kepada hijau dalam tempoh 280 saat. 

Dia nekad memesan makanan dari sebuah restoran makanan segera Burger King secara online akibat keletihan dan kelaparan. 

Tidak lama kemudian, seorang rider dilihat mengetuk tingkap keretanya lalu memberikan makanan yang dipesan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 20,400 tontonan bersama 10,300 tanda suka. 

“Kalau lama seperti ini, mesti sempat mandi,” komen seorang neitzen. 

“Ini parah!” komen netizen lain. – AGENSI