JAKARTA – Kerajaan Indonesia mengadakan mesyuarat Kabinet pertama di ibu negara baharu, Nusantara yang terletak di wilayah Kalimantan Timur semalam, lapor saluran berita China Daily.
Mesyuarat diketuai oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) itu diadakan di Istana Garuda.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Ma’ruf Amin serta semua menteri Kabinet.
Mesyuarat sulung di Nusantara dilaporkan tertumpu kepada penilaian prestasi semasa kerajaan dan program-program untuk tahun hadapan, termasuk peralihan kepada kerajaan baharu.
Sambutan Hari Kemerdekaan juga akan diadakan di Nusantara menjelang Sabtu ini.
Jokowi yang bakal menamatkan penggalnya pada Oktober tahun ini, akan diiringi penggantinya Prabowo Subianto yang memenangi pilihan raya Presiden pada Februari lalu. – AGENSI