Individu tertua meninggal dunia 

wanita tertua meninggal dunia

Gambar fail menunjukkan Maria Branyas Morera. – Guinness Books of Records

MADRID – Manusia tertua di dunia, Maria Branyas Morera meninggal dunia pada usia 117 tahun, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Maria yang dilahirkan pada tahun 1907 di San Francisco, California, meninggal dunia ‘dengan tenang dan tanpa kesakitan’.

“Maria Branyas telah meninggalkan kita. Dia meninggal dunia dalam tidur, dengan tenang dan tanpa kesakitan.

“Kami akan sentiasa mengingatinya untuk segala nasihat dan kebaikan,” kata pengumuman keluarganya di laman X. 

Maria memegang gelaran sebagai individu tertua di dunia selepas kematian Lucile Randon yang berusia 118 tahun pada Januari tahun lalu.

Gelaran orang paling tua di dunia kini menjadi milik seorang wanita dari Jepun, Tomika Itooka yang dilahirkan pada 23 Mei 1908. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *