PARIS – Seekor ikan emas terbesar di dunia mati dipercayai pada usia 20 tahun, selepas ditemui terapung di permukaan sebuah tasik di rantau Champagne, Perancis, lapor portal berita MailOnline semalam.
Usia sebenar ikan betina digelar ‘The Carrot’ itu tidak diketahui tetapi ia mati akibat usia tua.
Ikan emas itu mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana warna jingganya yang luar biasa dan memiliki berat 30 kilogram.
Legenda The Carrot mengundang ramai pemancing dari seluruh Eropah mencuba nasib untuk menangkap ikan itu sebelum mereka membebaskannya semula ke dalam tasik.
The Carrot ditanam di sebelah Tasik Bluewater yang dimiliki oleh warga British, Gary Tardi.
“Kami meletakkan The Carrot (di tasik itu) kira-kira 20 tahun lalu. Mengetahui ia telah pergi (mati) telah mematahkan jiwa kami,”kata seorang jurucakap tasik itu.
Namun, hidupan air tawar itu mempunyai dua anak ikan di tasik tersebut dengan salah seekor seberat 18.14 kilogram. – AGENSI