Hukuman penjara menanti 2 kanak-kanak umur 12 tahun

perusuh 12 tahun

Polis rusuhan berdepan dengam penunjuk perasaan di Bristol pada 3 Ogos lalu. – AFP

LONDON –  Dua kanak-kanak berumur 12 tahun yang terlibat dalam rusuhan di England pada minggu lalu berdepan hukuman penjara selepas dihadapkan ke mahkamah, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Salah seorang daripada mereka didakwa menyerang polis dan sebuah bas sarat dengan penumpang di Manchester sebelum menyertai rusuhan kedua, tiga hari selepas kejadian itu.

Dia dirakam menghulurkan batu kepada samseng-samseng yang menyerang sebuah hotel  serta berdiri di hadapan bas sebelum menyerang kenderaan tersebut.

Tiga hari kemudian, suspek dilihat memakai topeng sambil membaling lebih banyak objek ke arah polis dan menyertai sekumpulan perusuh melakukan rompakan.

Hakim Daerah, Joanne Hirst berkata: “Anda terlibat bukan sekali tetapi dua kali. Sudah tiba masanya untuk berhenti mengecewakan ibu anda sekarang.”

Budak lelaki itu ditahan reman sementara menanti hukuman pada 2 September ini.

Sementara itu, suspek kedua yang juga tidak boleh dinamakan atas sebab undang-undang, dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) membaling objek ke arah polis di bandar Southport.

Dia hadir di Mahkamah Belia Liverpool kelmarin untuk mengaku bersalah atas kesalahan melakukan kekacauan ganas di bandar Merseyside pada 30 Julai lalu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *