Hujan lebat landa Melaka, Johor, Sabah pagi ini

WhatsApp Image 2024 11 01 at 16.59.57 e1730537731226

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 11 pagi hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan di Melaka.

“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Johor meliputi kawasan Tangkak dan Muar,” katanya.

Tambahnya, hujan lebat berserta ribut petir turut melanda negeri Sabah di kawasan Kudat (Kudat). – https://amiminerals.org/