JAKARTA – Seorang peniaga makanan bergoreng yang hidup miskin mempunyai dua orang isteri dan tinggal di sebuah rumah daif di wilayah Jawa Timur, lapor portal berita BangkaPos.com semalam.
Peniaga makanan dikenali sebagai Busain itu mengundang seorang pemilik saluran video untuk melawat kediamannya.
Rumah tersebut mempunyai lantai tanah dan dua katil untuk isteri pertama dan kedua kerana kediamannya tidak mempunyai bilik.
Tidak jauh dari katil itu, terdapat dapur dengan peralatan memasak.
Kisah Busairi itu didedahkan di saluran YouTube Marwan Black Channel, lapor portal berita Tribun Trends.
Busairi juga memberikan wang hasil pendapatannya daripada berniaga kepada dua isterinya.
“Kalau saya mendapat pendapatan 50 ribu rupiah (RM13) misalnya, saya akan bahagikan kepada dua isteri, terlalu sedikit.
“Kadang-kadang isteri tua mengalah lalu disuruh isteri muda mengambilnya semua (pendapatan),”katanya. – AGENSI