TEL AVIV – Israel berkata bahawa sebuah dron menyasarkan kediaman Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu hari ini ketika Hezbollah melancarkan serangan peluru berpandu ke arah negara haram itu dari Lebanon.
Pejabat Netanyahu bagaimanapun berkata, Netanyahu dan isterinya tidak berada di kediaman tersebut di Caesarea semasa serangan dron HudHud itu .
Ketiadaan mereka menyebabkan tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku.
Sebelum ini pihak tentera itu berkata, dron itu telah mengenai struktur binaan di bandar tengah Israel itu.
Sepanjang pagi, siren berbunyi di Israel ketika Hezbollah melancarkan peluru berpandu dari pelbagai lokasi.
Kumpulan yang disokong Iran itu berkata, mereka melancarkan serangan roket ke pangkalan tentera di wilayah Haifa, utara Israel. – AFP