Helang gemuk terlebih makan rakun sukar terbang

helang gemuk

Ujian X-ray menunjukkan perut helang itu dipenuhi dengan rakun. – Facebook

WASHINGTON – Seekor burung helang yang diselamatkan dari sebuah taman negara di negeri Missouri, didapati terlalu gemuk untuk terbang kerana terlebih makan rakun, lapor agensi berita United Press International. 

Wilson’s Creek National Battlefield berkata menerusi laman Facebook bahawa beberapa pegawai Jabatan Pemuliharaan Missouri dikerahkan ke taman berkenaan untuk menangkap burung tersebut. 

“Ia pada awalnya dilaporkan mengalami kecederaan. 

“Bagaimanapun, helang itu didapati sihat tetapi perutnya dipenuhi dengan rakun atau dalam kata lain, ia terlalu gemuk untuk terbang,” katanya. 

Ujian saringan X-ray daripada Zoo Dickerson Park menunjukkan makanan baru dihadam, yang kelihatan seperti seekor rakun yang besar. 

“Helang itu akhirnya berjaya dipulihkan dan dilepaskan semula ke taman,” tambah kenyataan yang sama. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *