Guru tampar murid minta maaf kepada keluarga 3 kali

Geli guru1112 scaled

SEORANG guru mengajar murid-muridnya di sebuah sekolah rendah di Banda Aceh, Mei lalu. – Foto AFP

JAKARTA  – Seorang guru Pendidikan Jasmani yang menampar muridnya  telah meminta maaf kepada keluarga murid berkenaan sebanyak tiga kali, lapor portal berita Tribun Jabar hari ini.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Cipakat, Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat pada 29 Oktober lalu.

Guru tersebut menampar pipi kiri dan kanan muridnya.

Setelah kejadian, pihak sekolah mempertemukan guru terbabit dengan ibu bapa murid itu untuk menyelesaikan masalah secara baik.

Guru besar SDN Cipakat, Aam Amelia berkata, guru terbabit mengaku bahawa dia tersilap ketika menampar murid berkenaan dan sudah meminta maaf sebanyak tiga kali kepada keluarganya.

Namun, permohonan maaf itu tidak diterima, manakala keluarga murid tersebut kemudian mengambil keputusan  untuk membuat laporan polis.

“Laporan polis itu adalah hak mereka tetapi yang penting pihak sekolah sudah meminta maaf atas tindakan guru tersebut,”ujarnya. – AGENSI