Guru hukum 100 squat, pelajar meninggal dunia

geli squat

Tangkap layar menunjukkan kedua-dua kaki pelajar itu bengkak membiru sebelum didsahkan meninggal dunia. – Instagram

JAKARTA – Seorang pelajar sekolah menengah di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara meninggal dunia selepas dipaksa melakukan 100 lompatan squat oleh seorang guru pendidikan Islam, gara-gara tidak menghafal kitab. 

aluran berita Detik News melaporkan, kejadian berlaku di SMP Negeri 1 STM Hilir pada Khamis lalu. 

Ibu mangsa, Yuliana Padang berkata, anak lelakinya yang berusia 14 tahun itu mengadu kedua-dua kakinya sakit sebelum demam pada keesokan harinya. 

“Dia dibawa ke sebuah klinik tetapi keadaannya semakin merosot dan kakinya menjadi bengkak. 

“Dia kemudian dihantar ke Hospital Sembiring Deli Tua sebelum disahkan meninggal dunia,” tambah Yuliana. 

Ketua Polis Deli Serdang, Rizki Akbar mengatakan siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *