Guru arah murid pakai topeng ketika jawab peperiksaan

Geli topeng1 scaled

MURID-murid memakai topeng ketika menjawab kertas soalan peperiksaan. – Foto TikTok/@intannkusumaaa

JAKARTA – Seorang guru sebuah sekolah rendah di Surabaya, Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mengarahkan para pelajarnya memakai topeng ketika menjawab soalan peperiksaan, lapor laman berita  Banjarmasin Post hari ini.

Idea guru itu menjadi tular di platform TikTok selepas dimuat naik menerusi akaun @intannkusumaaa.

Murid di kelas tersebut menggunakan topeng muka dengan pelbagai karakter seperti watak adiwira, kartun dan haiwan.

Menurut laporan, guru itu mengarahkan pemakaian topeng tersebut bagi mengelak daripada kejadian meniru jawapan.

Murid yang didapati memakai topeng terbaik turut diberikan hadiah oleh guru mereka. – AGENSI