‘Gemuk’ terbaring bawah pokok 600 meter dari pos kawalan – Bomba

Gemuk 2

PASUKAN bomba membantu membawa mangsa keluar dari kawasan semak yang terletak 600 meter dari pos kawalan, malam tadi.

MELAKA – Remaja yang hilang selepas keluar mencari lembu di Kampung Permatang Pasir dekat sini ditemui dalam keadaan terbaring di bawah pokok pada jarak hanya 600 meter dari pos kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi, Omera Omar berkata, mangsa Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, atau mesra dengan panggilan ‘Gemuk’ ditemui selepas penduduk kampung memaklumkan terdengar suara mengerang di belakang sebuah rumah.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di bawah pokok di kawasan semak di belakang sebuah rumah. Jarak mangsa dengan kediaman itu kira-kira 200 meter dan 600 meter dari pos kawalan bomba,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan rawatan awal telah diberikan oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Mengulas lanjut beliau berkata, terdahulu panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa diterima pada pukul 11.54 malam, 4 Jun lalu dan operasi SAR dimulakan pada pukul 12 tengah malam.

“Radius pencarian telahpun dibuat seluas 2.4 hektar yang dibahagikan kepada empat sektor sehingga ke kawasan sungai, namun kita tidak menjumpai sebarang petunjuk,” katanya. – https://amiminerals.org/