Gempa bumi sederhana landa Semenanjung Minahassa

gempa bumi

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 6.57 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa sederhana tersebut berukuran 5.6 skala magnitud.

“Kejadian berlaku di 0.1 darjah Selatan dan 123.8 darjah Timur dengan kedalaman 79 kilometer (km).

“Ia terjadi 103km Tenggara dari Gorontalo, Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -https://amiminerals.org/