Gambar UFO terbaik pernah dirakam

Gambar UFO1

SEBUAH UFO (kiri) dirakamkan lebih 50 tahun lalu. – Foto Instituto Geográfico Nacional de Costa Rica

SAN JOSE, Costa Rica –  Sekeping gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) di Costa Rica dianggap terbaik pernah dirakam, lapor portal berita Daily Star semalam.

Seorang jurugambar, Sergio Loaiza merakam  gambar itu lebih 50 tahun lalu dengan menggunakan kamera pembuatan peta ketika menaiki pesawat melintasi Costa Rica.

Dia yang dalam misi meninjau tanah untuk projek hidroelektrik berhampiran Gunung Berapi Arenal, melihat sesuatu yang ganjil.

Semasa  melintasi Tasik Cote pada altitud 3,048 meter, Loaiza merakam banyak gambar hitam putih beresolusi tinggi di atas tasik tersebut dan hutan sekelilingnya.

Bagaimanapun, satu gambar itu menunjukkan sebuah cakera logam metalik.

Ia merupakan imej yang sering terdapat dalam filem-filem klasik dan dikenali sebagai piring terbang.

Seorang wartawan, Leslie Kean kemudian menganggap gambar UFO itu sebagai yang terbaik pernah dirakamkan.

“Anda dapat melihat dengan jelas matahari memantulkan objek bulat ini dan apa yang penting ialah ia adalah gambar dirakam untuk kerajaan,” katanya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *