Gadis ditembak selepas cinta ditolak

geli tembak

Suspek yang mengenakan baju hitam ditahan di Balai Polis Keerom. – Kompas TV

JAKARTA – Seorang lelaki di Keerom, wilayah Papua ditahan kerana disyaki membunuh seorang gadis berumur 17 tahun gara-gara berang cintanya ditolak, lapor saluran berita Detik News semalam. 

Ketua Polis Keerom, AKBP Christian Aer berkata, mangsa ditemui dengan kesan tembakan di bahagian kepala. 

“Mangsa dibunuh di Kampung Bagia, daerah Arso pada 11 September lalu ketika dia keluar mencari kayu api. 

“Kami menemui mayat gadis itu di sebuah kebun tidak jauh dari rumahnya,” kata Christian. 

Selain cintanya ditolak, suspek dipercayai membunuh mangsa kerana rasa cemburu. 

“Kami percaya motif pembunuhan adalah disebabkan rasa sakit hati kerana cinta suspek ditolak mangsa dan cemburu,” tambah Christian.

Suspek yang dikenali sebagai AW telah ditahan dan siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *