FAM akui Pau Marti lulus ujian

HARIMAU MALAYA 7

PAU MARTI (kiri) lulus ujian pertamanya mengemudi Harimau Malaya selepas membantu pasukan itu memenangi saingan Pestabola Merdeka Ahad lalu.

PENGENDALI Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memperoleh markah lulus pada ujian sulungnya selepas menoktahkan penantian 11 tahun untuk menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024.

Kejayaan 1-0 ke arab Lebanon memberikan gambaran yang jurulatih itu memiliki kualiti dan pendekatannya agak mudah untuk dihadam oleh setiap pemain yang dipanggil.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, berkata beliau berharap aksi positif yang dipamerkan ketika ini mampu diteruskan pada perlawanan akan datang.

“Saya rasa Pau Marti dapat cepat menerapkan sistem dengan pasukan dan pemain pun sudah biasa dengannya. Kita sukar untuk main dengan negara Arab, jadi apabila menang saya harap momentum ini dapat diteruskan pada persahabatan akan datang,”katanya.

Vicente yang mengambil alih tugas daripada Kim Pan-gon menghadirkan impak segera untuk memastikan kejayaan di Pestabola Merdeka selepas menewaskan Lebanon 1-0 malah turut menamatkan badi kemenangan berdepan ‘Pak Arab’.

Dalam masa sama Hamidin juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan persahabatan dengan Palestin pada masa akan datang termasuklah jika memiliki peluang bermain dalam aksi pemanas badan tidak rasmi, November ini.

“Mungkin (adakan persahabatan dengan Palestin). Palestin sudah ada jadual mereka sebab mereka layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026,”kata Hamidin.

Untuk rekod, Palestin yang ‘berkampung’ jalani latihan pusat di Malaysia pernah mengadakan perlawanan persahabatan tertutup menentang kelab Liga Super, PDRM FC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *