EPL: Villa hilang tenaga buru kemenangan

ASTON VILLA

EMILIANO Martinez beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya United untuk membantu Villa meraih keputusan seri. – FB ASTON VILLA

LONDON – Pengendali Aston Villa, Unai Emery mengakui pasukannya seakan hilang tenaga ketika terpaksa akur dengan keputusan seri 0-0 menentang Manchester United di Villa Park kelmarin.

Keputusan itu juga menyaksikan Villa meraih dua keputusan seri ketika ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas tujuh perlawanan apabila turut terikat 2-2 menentang Ipswich Town minggu lalu.

Biarpun turun dengan motivasi yang cukup tinggi selepas mengejutkan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu, Villa hanya mampu melakukan satu percubaan tepat sepanjang perlawanan itu menerusi Youri Tielemans pada babak kedua.

“Ia bukanlah keputusan yang baik, tetapi tidaklah terlalu teruk. Saya fikir seri adalah keputusan adil. Kami bermain dengan baik pada babak kedua berbanding separuh masa pertama dan hampir meraih gol kemenangan, namun rembatan Jaden Philogene dihalang Diogo Dalot.

“Kami cuba untuk menjaringkan gol, tetapi gagal. Kami kehilangan tenaga dalam perlawanan ini. Mungkin kerana ada beberapa pemain kami yang tercedera dan sesetengahnya masih dalam proses meningkatkan prestasi.

Keputusan itu juga menyaksikan ia adalah seri tanpa jaringan pertama untuk Emery di Villa Park sejak beliau dilantik mengemudi pasukan itu pada November 2022, namun kehilangan dua mata tidak menjejaskan kedudukan mereka yang kekal di tangga kelima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *