‘Dia buat rasa tenang dan tak takut belajar. Syabas cikgu’

WhatsApp Image 2024 10 29 at 10.05.50 AM

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di aplikasi X.

PETALING JAYA – Seorang guru memandu menerima pujian pengguna media sosial atas kesabaran dan tutur katanya yang sopan ketika mengajar seorang pelajar perempuan yang sedang belajar mengendalikan motosikal.

Menerusi sebuah hantaran di aplikasi X, guru itu kelihatan teliti menerangkan setiap fungsi penting pada motosikal termasuk cara menggunakan brek dengan betul.

Dia juga menunjukkan demonstrasi bagi memastikan pelajar tersebut benar-benar memahami cara mengendalikan brek dalam pelbagai situasi.

Keprihatinan dan kesabarannya mengajar setiap langkah dengan perlahan membuatkan pelajar tersebut kelihatan lebih yakin dan selesa sepanjang sesi pembelajaran.

Perkongsian itu telah meraih pujian daripada pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa kagum terhadap kelembutan guru terbabit dalam menyampaikan ilmu.

“Bagus cikgu ni mengajar penuh kesabaran dan tutur kata. Dia buatkan adik tu rasa tenang dan tak takut nak belajar. Syabas, cikgu ,” ujar pemuat naik dalam ruangan kapsyen.

“Cikgu macam ni yang kita nak!,” komen Fitri Nizam.

“Sabar betul abang tu mengajar,” ujar Fathullah. – https://amiminerals.org/