Datuk nyaris maut tercekik ‘meatball’ 

atuk tercekik meatball

Anggota penyelamat berjaya mengeluarkan bebola daging daripada kerongkong Charoen dengan bantuan pernafasan (CPR). – KhaoSod

BANGKOK – Seorang warga emas berusia 63 tahun berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat selepas nyaris maut akibat tercekik bebola daging, lapor saluran berita VNExpress semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di daerah Bang Lamung, wilayah Chon Buri pada 15 Oktober lalu. 

Pusat Radio Penyelamat Thammasathan di Pattaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden seorang lelaki yang tercekik.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota penyelamat mendapati mangsa bernama Charoen, sukar bernafas selepas saluran pernafasannya tersumbat. 

“Mereka segera melakukan bantuan pernafasan (CPR) dan berjaya mengeluarkan bebola daging daripada kerongkong mangsa,” katanya. 

Charoen kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *